DJARI ARTZ - Wedding Planner | Package | Decoration | Katering
Your Satisfaction Is Our Best Achivement...
By: Djari Artz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Sunday, 1-Jun-2008 21:11 Email | Share | | Bookmark
Pelamin Nusantara 2

Pelamin nusantara 2 bagi tujuan persandingan. Berbanding dengan nusantara terdahulu bagi tujuan pernikahan, pelamin ini dibesarkan platformnya bagi menempatkan 4 orang pada suatu masa. Seperti nusantara 1, ianya masih mengekalkan gabungan ethnik dan moden bagi menampilkan suasana yang seimbang dan mempersonakan..



Tempahan pelamin bagi hari bahagia anda:..?
hubungi CiDa@ChaM
016 232 8532 / 016 905 8532


Sunday, 1-Jun-2008 19:39 Email | Share | | Bookmark
Koleksi Sireh Junjung 2

Kami ingin berkongsi dengan anda beberapa gubahan sireh sepanjang bulan Mei ini. Diharap akan dapat memberikan idea baru untuk gubahan hari berbahagia anda.



Untuk tempahan gubahan sireh junjung:
Hubungi CiDa@ChaM
016 905 8532 / 016 232 8532


Sunday, 18-May-2008 14:30 Email | Share | | Bookmark
Majlis Makan Malam KRISPUTRA di Taman Pancarona, Presint 18, Put

Pada 16hb lalu, DJARIARTZ telah dilantik oleh Kelab KRISPUTRA (kakitangan Perbadanan Putrajaya) untuk menguruskan kerja-kerja katering bagi Majlis Makan Malam dan Perlawanan Bolasepak Persahabatan di antara KRISPUTRA dengan anak-anak yatim dari Rumah Limpahan Bakti. Majlis yang dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Shamsudin b Osman yang merupakan presiden Perbadanan Putrajaya juga turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan Perbadanan Putrajaya

DJARI ARTZ telah menyusun menu khas yang selari dengan konsep makan malam yang diminta; selera kampung. Di antaranya ialah:
- Ayam Goreng Berempah Utara Istimewa
- Fillet Ikan Tempura dengan Sos Cili Thai
- Gulai Daging Kawah Asli
- Sayuran Kekacang dengan ikan bilis bercili
- Ulam dan Sambal Belacan




Menu Istimewa bagi tetamu khas ialah:
- Masak Asam Pedas Ikan Tenggiri dengan Terung
- Sotong Goreng Tepung dengan Sos Cili Thai Asli


Majlis yang bermula jam 8.30 malam itu berakhir ja 11.00 malam dengan perlawanan dimenangi oleh pasukan KRISPUTRA dengan jaringan 8-1. Satu jamuan teh diadakan dengan kueh mueh serta roti jala dengan kari ayam bagi penutup perlawanan persahabatan itu.



Kami di Djari Artz mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Sateerah dalam memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kami dalam menjayakan pengaturan serta perjalanan perkhidmatan katering kami pada malam tersebut.

Di harap majlis seperti ini dapat mengeratkan silaturahim serta kebajikan kepada anak-anak yatim supaya mereka bersemangat untuk terus berjaya.

Berminat untuk perkhidmatan katering kami:
[b]Hubungi ChaM@CiDa
016 232 8520 / 016 905 8520 [/b]


Friday, 2-May-2008 21:45 Email | Share | | Bookmark
Wedding Planner-Shaliza dan Fakhrul Mac 2008

Mungkin nama Shaliza Mokhtar tidak asing bagi penggemar2 fotopages terutamanya pada peminat fotografi.. telah melangsungkan majlis perkahwinan beliau dengan pilihan hatinya.. Fakhrul pada 8hb Mac lalu.. Djari Artz telah terlibat secara langsung menjadi perancang perkahwinan bagi majlis perkahwinan beliau.. meliputi dari segala aspek perancangan dan urusan..sehingga kepada pengurusan perjalanan majlis pada hari tersebut.. Terima kasih pada Puan Rokiah sekeluarga kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk majlis tersebut..

Perancangan majlis ini bermula sejak Nov 2007 melibatkan pembentangan, lakaran, perlaksanaan pengurusan kewangan, kertas kerja dan sebagainya..


(ada beberapa gambar yang tidak bertanda watermark DJARIARTZ di atas diambil dari beberapa laman web bagi tujuan persembahan visual sahaja..)

Bagi hantaran, Shaliza telah memilih untuk gubahan yang bersifat nature, fresh, simple tetapi mempunyai sedikit sentuhan english.. Beliau telah memilih artificial turf sebagai alas bagi hampir keseluruhan barangan hantarannya dan elemen-elemen semulajadi seperti unggas dan rama-rama bagi hiasan dulang hantarannya...



Dekorasi bagi pelamin, bilik dan ruang-ruang direka khas bagi memenuhi impian Shaliza agar kelihatan simple, sederhana dan natural. Memilih rona-rona warna yang pastel, lilac dan white cream.. beliau juga ingin agar unsur-unsur semulajadi kelihatan pada ruangan yang ada.. Sebagai seorang akitek, pencahayaan tentulah sesuatu yang penting baginya.. Oleh itu latar belakang ruangan penting diserikan dengan fairy light, hiasan lilin, lampu bulat kertas di laman dan sebagainya..



Akhirnya pada 8hb Mac lalu, semua usaha-usaha perancangan, penelitian berlangsung dengan baik dan teratur.. Hadirin yang hadir dihiburkan dengan pengerusi majlis-Encik Ghani yang begitu mahir mengendalikan mood majlis membuatkan majlis berlangsung dalam 2 sesi itu berada dalam keadaan terkawal tetapi meriah..


(kredit utk koleksi foto milik Shaliza Mokhtar)

Kepada semua tenaga kerja dan krew-krew yang terlibat, DjariArtz mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga..

Berminat utk perkhidmatan perunding perancang majlis anda..?
Hubungi kami:
ChaM@CiDa
016 905 8532
016 232 8532
email: djariartz@yahoo.com


Friday, 2-May-2008 18:05 Email | Share | | Bookmark
Bekas Cincin dengan Dulang Bunga Emas.

Satu idea bagi menyediakan dulang hantaran untuk cincin pertunangan/perkahwinan dan juga barangan kemas yang lain..disediakan untuk sewaan..



Hubungi kami:
ChaM@CiDa
016 905 8532
016 232 8532


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net