DJARI ARTZ - Wedding Planner | Package | Decoration | Katering
Your Satisfaction Is Our Best Achivement...
By: Djari Artz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 29-Jul-2008 16:48 Email | Share | | Bookmark
SOROTAN: Minggu Kerja Kahwin dan Kraf Malaysia 2008

Sebelum itu saya mohon maaf yang amat sangat kerana lama tak buat update atau posting terbaru dalam fotopages ini. Bulan Julai dan Ogos nie memang boleh dikatakan seanjang minggu ada saja tempahan bagi majlis perkahwinan yang kami terima.
Ok.. seperti yang saya janjikan..bersama ini saya sertakan liputan saya mengenai minggu kerja kahwin dan kraf yang berlangsung di Karyaneka tempoh hari.. DjariArtz telah ditawarkan booth yang agak hampir dengan pintu masuk utama.. Di bawah ini adalah gambaran booth di mana ruang pameran DjariArtz ditempatkan..



Sebenarnya kami tak bersedia sgt dari segi material pameran serta alat-alatan kraf kerana sangat sibuk sepanjang Jun-Julai serta kesihatan saya yang kurang mengizinkan utk saya merancang sesuatu.. Namun pada hari pertama, pihak KARYANEKA telah mengingatkan kami bahawa booth kami adalah laluan utama bagi Datin Seri yang akan merasmikan pelancaran Minggu Kerja Kahwin dan Kraf 2008 ini. Oleh yang sedemikian, kami terpaksa berusaha dalam mewujudkan material persembahan dan pameran bagi hari perasmian tersebut. Hasilnya.. jeli buahan buatan kami mendapat sambutan yang sangat baik dari pengunjung sehinggakan Datin Seri sendiri ingin mencuba utk merasakan keenakan rasanya...



Penyertaan sulung DjariArtz pada pameran ini banyak memberi pengalaman baru kepada kami di samping mengenalkan kami dengan `player-player' yang sudah ada nama dan terdahulu dalam industri ini sebelum kami. Ada di antara mereka yang tak lokek dalam berkongsi rahsia perniagaan, tips serta panduan dan nasihat dalam menjalankan perniagaan perkahwinan ini. Selain dari itu, DjariArtz dapat didedahkan dengan rekaan terkini, fesyen dan produk-produk yang terbaru dan trend serta gaya semasa. Di bawah ini kami sertakan beberapa produk-produk dari para peserta Minggu Kerja Kahwin dan Kraf 2008 ini.





Pihak penganjur juga harus diberikan kredit dalam penganjuran Minggu Kerja Kahwin dan Kraf ini. Ini adalah kerana ia bertembung dengan pameran perkahwinan yang berlangsung di Mid Valley pada 4th hingga 7th Julai 2008. Pelbagai acara diadakan bagi menarik minat pengunjung serta menggamatkan lagi pusat pameran.

Kesimpulannya, Minggu Kerja Kahwin dan Kraf Malaysia 2008 ini boleh dikatakan berjaya menerusi bilangan kunjungan yang kami jangkakan setiap hari purata dalam 400-500 pada hari biasa dan menjangkau 3000-5000 orang pada hari cuti. Memperlihatkan trend minat orang ramai utk datang pada hari kerja ialah pada selepas waktu kerja, kami berharap agar pihak Karyaneka dapat memikirkan sesuatu di masa hadapan utk melanjutkan waktu sehingga jam 9.00 malam. Di samping sokongan kuat dari pihak KEKWA, dijangkakan Minggu kerja Kahwin dan Kraf di masa hadapan akan lebih berjaya lagi menarik pengujung luar dan dalam negeri.

Selain itu, di masa hadapan DjariArtz berazam utk beroleh 3 booth pada masa hadapan utk pameran katering, gubahan serta dekorasi.. supaya boleh dilihat seiring dengan mereka yang telah lama bergiat dalam indistri ini.

Perlukan Perancang Perkahwinan?
Sila hubungi ChaM@CiDa
016 232 8532 / 016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com


Sunday, 13-Jul-2008 16:37 Email | Share | | Bookmark
Gubahan Hantaran- BLACK and SILVER COLLECTION

Saya melihat trend warna berani sejak akhir-akhir ini selalu dipilih oleh pasangan-pasangan pengantin khususnya mereka yang berusia muda awal 20an dalam melangsungkan perkahwinan mereka. Generasi-generasi ini mungkin banyak dipengaruhi dengan trend semasa seperti era-era blacked, gothic, metal dan cuba mengaplikasikannya dalam warna hantaran mereka.

Warna hitam/silver adalah pilihan yang saya katogerikan berani.. Saya masih ingat lagi sangat kepantangan bagi orang-orang tua jika kita memilih warna-warna suram apatah lagi kitam bagi tema perkahwinan kita, terutamanya hantaran..

...Apo itam-itam nie.. macam warno orhang mati ajo... buek elok2 la sikit...





...namun bak kata iklan Berita Harian.. Dunia dah maju ..zaman dah berubah...

Perlukan penggubah hantaran?
Hubungi Cham@CiDa
016 232 8532 / 016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com


Wednesday, 25-Jun-2008 03:03 Email | Share | | Bookmark
ALBUM BLOG- Liza & Tony @ Labuan

Salah seorang pelanggan kami dari Labuan. Liza mendapatkan semua barang-baranag serta aksesori bagi kegunaan gubahan barang-barang hantaran melalui kami yang dikurierkan khas melalui perkhidmatan express laju yang belanjanya.. hampir sama dengan tambang kapal terbang pergi balik..





Majlis pertunangan ini berlangsung pada 7hb Jun 2008 dalam satu majlis yang sederhana tapi indah. Dihadiri oleh kebanyakan rakan-rakan serta teman taulan; Liza amat berharap utk mendapatkan perkhidmatan kami bagi majlis perkahwinannya akan datang..

Berminat bagi mendapatkan Perancang Pertunangan?
Hubungi Cham@CiDa
016 232 8532 / 016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com[/b]


Sunday, 22-Jun-2008 19:39 Email | Share | | Bookmark
ALBUM HANTARAN-Bekas Kayu Kerawang dengan Gubahan Bunga Segar

Dulang@Bekas Kayu Kerawang ini sangat sesuai dipadankan dengan gubahan bunga segar apatah lagi sekiranya jika ia bertemakan unsur-unsur ethnik. Dulang ini didapati dalam warna putih dengan ukiran kerawang di sisinya menjadikan barang hantaran kelihatan mewah di celah-celah rimbunan ros merah tersebut.





Bentuknya yang petak tanpa kaki memudahkan kerja-kerja gubahan dilakukan. Walau bagaimana pun, saiznya yang kecil membataskan penggunaanya kepada barang-barang hantaran yang bersaiz kecil dan sederhana seperti tali pinggang, dompet, jam dan sebagainya serta tidak sesuai bagi makanan basah dan juga kasut atau tas tangan.

Berminat utk dulang kayu ini?
Hubungi Cham@CiDa
016 232 8532 / 016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com


Tuesday, 17-Jun-2008 23:05 Email | Share | | Bookmark
WEDDING STORIES - Majlis Perkahwinan Di Jalan Melati 5

Melihat tajuk entri yang agak ganjil ini mesti membuat anda tertanya-tanya.. Sebenarnya ia berlaku secara kebetulan. Pihak kami tidak menyedari bahawa kami mempunyai 2 tempahan pada satu kawasan (di Jalan Melati 5) dalam masa seminggu.. di mana selang 3-4 buah rumah selepas rumah yang sebelumnya.



Djari Artz hanya menyedarinya apa bila membuat survey kawasan 3 minggu sebelum majlis berlangsung... Sekaligus adalah cabaran bagi kami kerana sesuatu majlis yang berdekatan serta pada masa yang hampir sama pasti akan dibuat perbandingan secara langsung atau tidak langsung..Djari Artz mencuba sedaya upaya dalam mengekalkan kualiti servis serta mutu makanaan supaya tidak timbul soal atau `cakap-cakap' tentang kelainan di antara satu tuan rumah dengan satu tuan rumah yang lain.



Alhamdulillah, pada 25hb Mei dan 31 Mei yang lalu, semuanya berjalan dengan lancar dan baik..Dengan suasana majlis yang berlangsung di laman rumah yang terjaga, para hadirin dapat menikmati juadah yang disediakan seperti dalam taman. Kami dapati tuan rumah juga mempunyai ramai kenalan dari kalangan selebriti yang juga turut hadir memeriahkan majlis..



Kami di sini merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Hairina serta suami dan keluarga (25hb Mei) serta Puan Ros dan suami serta keluarga (31hb Mei) atas kepercayaan mereka memberi peluang pada Djari Artz dalam mengendalikan majlis mereka.

Mencari perancang hari perkahwinan anda?
Hubungi kami...
ChaM@CiDa
016 232 8532 / 016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net