|
|
| Sunday, 21-Sep-2008 04:38 |
Email | Share | | Bookmark |
|
WEDDING PLANNER-Siti and Zaiham
|
|
Siapa kata majlis perkahwinan di kampung tidak boleh menjadi seindah dan semeriah apa yang diimpikan..DJARIARTZ berpeluang untuk merancang sebuah majlis perkahwinan di Negeri Sembilan.. Tetap dengan imej tradisional dan mengikut adat N.Sembilan, turut juga menerapkan unsur-unsur English kotemperari pada beberapa sudut yang bersesuaian..
Apa yang menarik hati kami adalah merasai bagaimana kerja-kerja gotong royong dilakukan oleh orang kampung bagi menjayakan majlis tersebut.. Sesuatu yang makin pudar dari masyarakat kita pada hari ini...
Sekitar majlis perkahwinan...
Alhamdulillah, segala urusan berjalan dengan lancar. Terima kasih juga buat warnadigital.com dalam kerja-kerja fotografi serta memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan majlis ini.
Mencari perancang perkahwinan?
Hubungi ChaM@CiDa
016 2328532/016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com
|
|
|
|
| Wednesday, 20-Aug-2008 17:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Gubahan dan Dekorasi: Bunga Dulang dan Cenderahati VIP Dip
|
|
Sebahagain dari koleksi hantaran bagi bulan Ogos ini. Tempahan bunga dulang dip dengan warna tone oren kekuningan.
Juga cenderahati bunga dip dengan potpuri yang juga di dalam kelopak dip.Dihiasi dengan riben bercetak,
Mencari penggubah hantaran?
Hubungi ChaM@CiDa
016 2328532/016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com
|
|
|
|
| Sunday, 10-Aug-2008 19:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
WEDDING ITEM: Bekas, Aksesori Hantaran dan Bunga Tangan
|
|
ENTRI INI DIPERBAHARUI UNTUK BEBERAPA BARANGAN YANG BOLEH DIDAPATI DI GALERI UTK SEWAAN.
Berikut adalah beberapa item-item terbaru berkenaan dengan aksesori barang-barang bagi tujuan dekorasi hantaran bagi pertunangan dan perkahwinan. Dari bekas jenis gold dengan bunga emas kepada bekas cincin perak serta tempat letak cek dengan bunga emas yang mudah lentur liuk akan menyerikan lagi dekorasi hantaran anda..
Juga bunga tangan dari jenis dip dan kristal untuk sewaan dan juga tempahan khas.
Semua ini anda boleh dapati dan sewa dari kami. Untuk melihat secara langsung sila datang ke galeri kami pada bila-bila masa sahaja.
Berminat utk sewaan?
Hubungi kami:- ChaM@CiDa
016 232 8532 / 016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com
|
|
|
|
| Thursday, 31-Jul-2008 07:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KATERING: Jamuan Makan Tengahari bagi Majlis Penyerahan Sekolah
|
|
Seharusnya entri ini dirancang sebelum menyertai Minggu Kerja Kahwin lagi.. Namun kerana kesibukkan, baru hari ini sahaja saya dapat memasukkan entri ini. Kami telah menerima pelawaan dari pihak pemaju Loh & Loh untuk mengadakan majlis jamuan sempena penyerahan sekolah bistari Presint 11-Fasa 2 seperti yang dinyatakan pada keratan akhbar di bawah..
Kompleks sekolah ini memang tersergam indah, kelihatan moden dengan kemudahan-kemudahan terkini yang canggih. Bayangkan sahaja, sekolah kini punya lif bagi kegunaan para pelajar dan guru-guru. Selain itu, sekolah ini dianggap lengkap dengan prasarana kemudahan terkini sesuai dengan statusnya sebagai sekolah bistari... Diharap bakal-bakal pelajar dapat manfaat daripada kemodenan kemudahan yang disediakan ini dan diharap tidak akan wujud kes potong pagar, lompat pagar dan sebagainya..
..masa saya sekolah dulu takdepun kemudahan-kemudahan canggih seperti ini..
Seperti biasa jamuan-jamuan seperti ini juga melibatkan dekorasi di mana tempat penyerahan berlangsung.. Dekorasi mudah dan simple dengan sentuhan bunga segar jenis daisy serta `bird of paradise' jadi pilihan kami bagi menyerikan dewan di mana majlis akan berlangsung.
Jamuan makan kali ini memilih tema makanan lauk kampung bagi makan tengahari dengan penyediaan sudut teh bagi para hadirin sekalian.. Menu-menunya adalah seperti berikut:-
Nasi Putih
Ayam Goreng Berempah Utara
Sambal Udang dengan Petai
Masak Lemak Daging dengan Rebung Manis
Kerabu Sayur Kacang dengan Kerang
Ulaman dan Sambal Belacan
Ikan Kering Gelama
Kordial Air Sirap Punch dan buahan segar
serta puding mangga sebagai mencuci mulut. Mulanya agak khuatir kerana menu yang kami cadangkan ini kurang menepati citarasa hadirin, kerana lebih dari 1/4 yang hadir terdiri dari bangsa Cina. Sambal udang petai; saya yakin mereka boleh menerimanya. Saya agak bimbang jika mereka tak terima masakan rebung atau kerabu yang mungkin asing buat mereka.
Namun alhamdulillah, pada hari itu krew katering kami balik berlenggang dengan bekas kosong.. termasuk dengan bekas ulam dan sambal belacan..
....sebagai seorang perancang majlis.. tentu sahaja ianya sesuatu yang menggembirakan..
p/s: maaf sebab tak banyak foto gambar jamuan.. fotografer pun asyik sibuk nak makan sekali.. hahahahaha...
Perlukan Perancang Majlis Jamuan Pejabat?
Hubungi Cham@Cida
016 232 8532 / 016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com
|
|
|
|
| Tuesday, 29-Jul-2008 16:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SOROTAN: Minggu Kerja Kahwin dan Kraf Malaysia 2008
|
|
Sebelum itu saya mohon maaf yang amat sangat kerana lama tak buat update atau posting terbaru dalam fotopages ini. Bulan Julai dan Ogos nie memang boleh dikatakan seanjang minggu ada saja tempahan bagi majlis perkahwinan yang kami terima.
Ok.. seperti yang saya janjikan..bersama ini saya sertakan liputan saya mengenai minggu kerja kahwin dan kraf yang berlangsung di Karyaneka tempoh hari.. DjariArtz telah ditawarkan booth yang agak hampir dengan pintu masuk utama.. Di bawah ini adalah gambaran booth di mana ruang pameran DjariArtz ditempatkan..
Sebenarnya kami tak bersedia sgt dari segi material pameran serta alat-alatan kraf kerana sangat sibuk sepanjang Jun-Julai serta kesihatan saya yang kurang mengizinkan utk saya merancang sesuatu.. Namun pada hari pertama, pihak KARYANEKA telah mengingatkan kami bahawa booth kami adalah laluan utama bagi Datin Seri yang akan merasmikan pelancaran Minggu Kerja Kahwin dan Kraf 2008 ini. Oleh yang sedemikian, kami terpaksa berusaha dalam mewujudkan material persembahan dan pameran bagi hari perasmian tersebut. Hasilnya.. jeli buahan buatan kami mendapat sambutan yang sangat baik dari pengunjung sehinggakan Datin Seri sendiri ingin mencuba utk merasakan keenakan rasanya...
Penyertaan sulung DjariArtz pada pameran ini banyak memberi pengalaman baru kepada kami di samping mengenalkan kami dengan `player-player' yang sudah ada nama dan terdahulu dalam industri ini sebelum kami. Ada di antara mereka yang tak lokek dalam berkongsi rahsia perniagaan, tips serta panduan dan nasihat dalam menjalankan perniagaan perkahwinan ini. Selain dari itu, DjariArtz dapat didedahkan dengan rekaan terkini, fesyen dan produk-produk yang terbaru dan trend serta gaya semasa. Di bawah ini kami sertakan beberapa produk-produk dari para peserta Minggu Kerja Kahwin dan Kraf 2008 ini.
Pihak penganjur juga harus diberikan kredit dalam penganjuran Minggu Kerja Kahwin dan Kraf ini. Ini adalah kerana ia bertembung dengan pameran perkahwinan yang berlangsung di Mid Valley pada 4th hingga 7th Julai 2008. Pelbagai acara diadakan bagi menarik minat pengunjung serta menggamatkan lagi pusat pameran.
Kesimpulannya, Minggu Kerja Kahwin dan Kraf Malaysia 2008 ini boleh dikatakan berjaya menerusi bilangan kunjungan yang kami jangkakan setiap hari purata dalam 400-500 pada hari biasa dan menjangkau 3000-5000 orang pada hari cuti. Memperlihatkan trend minat orang ramai utk datang pada hari kerja ialah pada selepas waktu kerja, kami berharap agar pihak Karyaneka dapat memikirkan sesuatu di masa hadapan utk melanjutkan waktu sehingga jam 9.00 malam. Di samping sokongan kuat dari pihak KEKWA, dijangkakan Minggu kerja Kahwin dan Kraf di masa hadapan akan lebih berjaya lagi menarik pengujung luar dan dalam negeri.
Selain itu, di masa hadapan DjariArtz berazam utk beroleh 3 booth pada masa hadapan utk pameran katering, gubahan serta dekorasi.. supaya boleh dilihat seiring dengan mereka yang telah lama bergiat dalam indistri ini.
Perlukan Perancang Perkahwinan?
Sila hubungi ChaM@CiDa
016 232 8532 / 016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com
|
|
|
|
| Sunday, 13-Jul-2008 16:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Gubahan Hantaran- BLACK and SILVER COLLECTION
|
|
Saya melihat trend warna berani sejak akhir-akhir ini selalu dipilih oleh pasangan-pasangan pengantin khususnya mereka yang berusia muda awal 20an dalam melangsungkan perkahwinan mereka. Generasi-generasi ini mungkin banyak dipengaruhi dengan trend semasa seperti era-era blacked, gothic, metal dan cuba mengaplikasikannya dalam warna hantaran mereka.
Warna hitam/silver adalah pilihan yang saya katogerikan berani.. Saya masih ingat lagi sangat kepantangan bagi orang-orang tua jika kita memilih warna-warna suram apatah lagi kitam bagi tema perkahwinan kita, terutamanya hantaran..
...Apo itam-itam nie.. macam warno orhang mati ajo... buek elok2 la sikit...
...namun bak kata iklan Berita Harian.. Dunia dah maju ..zaman dah berubah...
Perlukan penggubah hantaran?
Hubungi Cham@CiDa
016 232 8532 / 016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com
|
|
|
|
| Wednesday, 25-Jun-2008 03:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ALBUM BLOG- Liza & Tony @ Labuan
|
|
Salah seorang pelanggan kami dari Labuan. Liza mendapatkan semua barang-baranag serta aksesori bagi kegunaan gubahan barang-barang hantaran melalui kami yang dikurierkan khas melalui perkhidmatan express laju yang belanjanya.. hampir sama dengan tambang kapal terbang pergi balik..
Majlis pertunangan ini berlangsung pada 7hb Jun 2008 dalam satu majlis yang sederhana tapi indah. Dihadiri oleh kebanyakan rakan-rakan serta teman taulan; Liza amat berharap utk mendapatkan perkhidmatan kami bagi majlis perkahwinannya akan datang..
Berminat bagi mendapatkan Perancang Pertunangan?
Hubungi Cham@CiDa
016 232 8532 / 016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com[/b]
|
|
|
|
| Sunday, 22-Jun-2008 19:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ALBUM HANTARAN-Bekas Kayu Kerawang dengan Gubahan Bunga Segar
|
|
Dulang@Bekas Kayu Kerawang ini sangat sesuai dipadankan dengan gubahan bunga segar apatah lagi sekiranya jika ia bertemakan unsur-unsur ethnik. Dulang ini didapati dalam warna putih dengan ukiran kerawang di sisinya menjadikan barang hantaran kelihatan mewah di celah-celah rimbunan ros merah tersebut.
Bentuknya yang petak tanpa kaki memudahkan kerja-kerja gubahan dilakukan. Walau bagaimana pun, saiznya yang kecil membataskan penggunaanya kepada barang-barang hantaran yang bersaiz kecil dan sederhana seperti tali pinggang, dompet, jam dan sebagainya serta tidak sesuai bagi makanan basah dan juga kasut atau tas tangan.
Berminat utk dulang kayu ini?
Hubungi Cham@CiDa
016 232 8532 / 016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com
|
|
|
|
| Tuesday, 17-Jun-2008 23:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
WEDDING STORIES - Majlis Perkahwinan Di Jalan Melati 5
|
|
Melihat tajuk entri yang agak ganjil ini mesti membuat anda tertanya-tanya.. Sebenarnya ia berlaku secara kebetulan. Pihak kami tidak menyedari bahawa kami mempunyai 2 tempahan pada satu kawasan (di Jalan Melati 5) dalam masa seminggu.. di mana selang 3-4 buah rumah selepas rumah yang sebelumnya.
Djari Artz hanya menyedarinya apa bila membuat survey kawasan 3 minggu sebelum majlis berlangsung... Sekaligus adalah cabaran bagi kami kerana sesuatu majlis yang berdekatan serta pada masa yang hampir sama pasti akan dibuat perbandingan secara langsung atau tidak langsung..Djari Artz mencuba sedaya upaya dalam mengekalkan kualiti servis serta mutu makanaan supaya tidak timbul soal atau `cakap-cakap' tentang kelainan di antara satu tuan rumah dengan satu tuan rumah yang lain.
Alhamdulillah, pada 25hb Mei dan 31 Mei yang lalu, semuanya berjalan dengan lancar dan baik..Dengan suasana majlis yang berlangsung di laman rumah yang terjaga, para hadirin dapat menikmati juadah yang disediakan seperti dalam taman. Kami dapati tuan rumah juga mempunyai ramai kenalan dari kalangan selebriti yang juga turut hadir memeriahkan majlis..
Kami di sini merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Hairina serta suami dan keluarga (25hb Mei) serta Puan Ros dan suami serta keluarga (31hb Mei) atas kepercayaan mereka memberi peluang pada Djari Artz dalam mengendalikan majlis mereka.
Mencari perancang hari perkahwinan anda?
Hubungi kami...
ChaM@CiDa
016 232 8532 / 016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com
|
|
|
|
| Tuesday, 10-Jun-2008 06:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HIASAN DAN DEKORASI-Hiasan Kereta Pengantin
|
|
Sebuah majlis perkahwinan pastinya akan lebih berseri jika diperuntukkan sebuah kereta khas bagi pasangan raja sehari. Apatah lagi kereta tersebut dihias indah dengan hiasan yang menarik bagi menandakan bahawa kereta ini adalah khas bagi kegunaan pasangan pengantin sahaja.
DjariArtz ingin berkongsi rekaan bagi dekorasi kereta pengantin bagi pasangan-pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka kelak. Semoga ianya terakam sebagai antara kenangan terindah di hari indah anda tersebut.
Ingin mendapatkan perkhidmatan dekorasi kereta penagntin?
Hubungi Cham@CiDa
016 232 8532 / 016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com
[/b]
|
|